Garis panduan dana politik perlu disegerakan - Utusan Malaysia

Garis panduan dana politik perlu disegerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 15 Nov. – Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) perlu menyegerakan garis panduan yang jelas dan lengkap mengenai dana politik yang diterima dalam kalangan ahli politik di negara ini.

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan berkata, ia bagi memastikan ketelusan ahli politik menggunakan dana yang diterima oleh mana-mana pihak bagi tujuan menjalankan kegiatan politik mereka. 

Wan Saiful yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata, ini kerana proses deklarasi dana politik yang ada ketika ini agak kurang jelas dari segi pelaksanaannya selain rakyat perlu mengetahui mengenai sumber dan dana sesebuah parti politik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang ini apabila kita mahu ‘‘declare (dana politik) pun boleh, tak mahu ‘declare’ pun boleh kerana ia tidak menjadi satu kesalahan. Sebagai contoh, sekiranya ada pihak memberi sumbangan peribadi kepada saya untuk disalurkan kepada mangsa bencana, adakah itu dikira sebagai pendapatan yang perlu dikenakan cukai pendapatan atau sebaliknya.

“Perkara sebegini memerlukan penelitian dengan lebih mendalam supaya pihak memberi sumbangan itu niatnya sampai kepada rakyat dan pada masa sama pihak menjalankan tugas sebagai ahli politik tidak terperangkap dengan sumbangan yang diterimanya kerana mungkin ia menjadi satu kesalahan,” katanya selepas Seminar Pemerkasaan Integriti Negeri Perak anjuran Institut Integriti Malaysia dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, di sini hari ini. 

Seminar tersebut dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Seminar sehari bertemakan ‘Integriti dan Akuantabiliti Tonggak Kelestarian Pengurusan Berkualiti’ menampilkan Wan Saiful dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Datuk Zainul Darus sebagai panel jemputan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×