Pas selar kerajaan bela ultra kaya - Utusan Malaysia

Pas selar kerajaan bela ultra kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Pas menyelar tindakan Kementerian Kewangan yang sanggup membela golongan ultra kaya dengan tidak mengenakan lebih cukai terhadap mereka.

Nasrudin Hassan

Hakikatnya dalam Islam, satu hingga lima peratus golongan berkenaan perlu dikenakan cukai pada kadar 2.5 peratus daripada pegangan saham atau lebihan simpanan mereka untuk diagihkan kepada golongan miskin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan yakin banyak syarikat korporat dan konglomerat melarikan diri daripada membayar cukai dengan pelbagai strategi licik contohnya dalam sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Pelaksanaan SST membuka banyak ruang kepada pengilang untuk tidak membayar cukai dengan membuat helah. Akhirnya, pengguna terpaksa menyerap kos yang tinggi dan kerajaan hanya mendapat hasil yang kecil.

“Pada masa sama, rakyat khususnya golongan pertengahan terpaksa menanggung pelbagai jenis cukai dan beban kewangan. Malah, kumpulan penoreh getah, pekebun kecil dan nelayan telah dikurangkan elaun serta subsidi mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru, Nasrudin meminta Kementerian Kewangan untuk mengkaji semula reformasi fiskal yang telah digubal bagi memastikan jurang pendapatan dikecilkan serta sistem agihan kekayaan kepada rakyat dipulihkan.

Ujarnya, ini kerana polisi Kementerian Kewangan hanya menguntungkan golongan ultra kaya, walhal tanggungjawab utama kerajaan adalah untuk membela nasib golongan susah dan mudah terjejas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×