Jangan lupa idealisme reformasi biarpun telah berkuasa - Utusan Malaysia

Jangan lupa idealisme reformasi biarpun telah berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan tidak melupakan idealisme reformasi meskipun telah mendapat kuasa dan kedudukan ketika ini.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sejarah telah mengingatkan bahawa penyakit mendewakan kuasa dan kedudukan telah menjangkiti banyak revolusi di masa lampau.

Katanya, ini termasuk dalam Revolusi Perancis, Revolusi Bolshevik dan Arab Spring.

Memuatkan artikel berkaitan…

“(Revolusi) bermula dengan agenda yang luhur untuk memerdekakan rakyat, telah menyimpang dan akhirnya mengkhianati aspirasi rakyat.

“Ia juga boleh menjangkiti Keadilan (PKR) sekiranya kita alpa kepada matlamat dan idealisme perjuangan,” katanya ketika berucap pada majlis Kongres Nasional Tahunan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) sebentar tadi.

Beliau yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi memberitahu, gema reformasi perlu ditetapkan sebagai tema pembangunan negara.

Ujarnya, reformasi bukan lagi sebagai slogan tetapi sebagai agenda pembangunan.

“Pentadbiran Malaysia baharu telah mengambil langkah-langkah tegas melaksanakan reformasi
institusi dengan dibuktikan melalui dalam dokumen Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah diluluskan di Parlimen baru-baru ini.

“Dokumen yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi meletakkan Reformasi sebagai tonggak utama dasar pembangunan ekonomi untuk Malaysia kembali sebagai Harimau Asia,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×