25 ditahan pesta liar - Utusan Malaysia

25 ditahan pesta liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 15 Nov. – Mereka menyewa sebuah homestay di Kompleks BM City dekat sini untuk menyambut hari lahir namun akhirnya bertukar menjadi pesta dadah.

Kegembiraan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila mereka diserbu sepasukan polis dari ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Balai Polis Bukit Mertajam pagi ini.

Dalam serbuan pukul 7.30 pagi itu, 25 termasuk tiga remaja bawah umur yang berusia antara 16 hingga 33 tahun ditahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka terdiri daripada 16 lelaki dan sembilan perempuan dengan dua daripadanya merupakan penuntut di Giat Mara

Ketua Polis negeri Datuk Seri A. Thaiveegan berkata, kesemua mereka dipercayai menyewa unit kondominium itu sejak semalam.

“Polis yang mendapat maklumat berkaitan kegiatan itu menyerbu sebuah kondominium yang dijadikan homestay di Kompleks BM City dan menemukan seramai 25 individu yang sedang berpesta liar di situ.

“21 daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamine, Amphetamine dan ketamin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ke situ disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×