Gambar 5 suspek kes samun palsu - Utusan Malaysia

Gambar 5 suspek kes samun palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 15 Nov. – Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam mengesahkan penularan gambar lima individu yang didakwa sebagai suspek kes samun di Jalan Pulasan 20, Taman Kota Masai, Seri Alam di sini palsu dan tidak benar.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Noorazam Shaari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penularan gambar kelima-lima individu termasuk seorang wanita dalam laman sosial Facebook.

“Sehingga kini, gambar lima individu yang dipamerkan iaitu empat lelaki dan seorang perempuan tersebut juga disahkan tidak dikehendaki oleh Polis Seri Alam dalam apa-apa jua kesalahan jenayah yang berlaku di kawasan pentadbiran IPD Seri Alam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis menggesa pihak-pihak yang bertanggungjawab atau yang menaja aktiviti sedemikian atau yang turut sama berperanan sengaja menularkan berita palsu ini agar menghentikan aktiviti tersebut dengan segera atau bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×