Sebahagian dividen khas RM30 bilion perlu disalurkan kepada golongan memerlukan - Utusan Malaysia

Sebahagian dividen khas RM30 bilion perlu disalurkan kepada golongan memerlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Seorang penyokong kerajaan mencadangkan agar sebahagian daripada dividen khas RM30 bilion yang akan dibayar oleh Petronas kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) digunakan untuk membantu golongan luar bandar khususnya petani, nelayan, pesawah, pekebun kecil dan penoreh getah.

Sehubungan itu, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkata, beliau berharap kerajaan PH dapat menyemak semula Belanjawan 2019  dengan mengambil kira cadangan berkenaan.

“Kerajaan akan dapat dana khas RM30 bilion daripada Petronas dan ia akan digunakan untuk bantu kerajaan membayar balik tunggakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan cukai pendapatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang tanggungjawab kerajaan untuk bayar tetapi jangan duit RM30 bilion ini digunakan semata untuk bayar tunggakan GST dan cukai pendapatan, sebahagian duit ini boleh disalurkan untuk bantu penoreh, petani di luar bandar serta insentif lain yang dapat meringankan kehidupan rakyat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar  dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×