Op Sita DBKL kutip RM420,889 dalam masa dua jam - Utusan Malaysia

Op Sita DBKL kutip RM420,889 dalam masa dua jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya mengutip tunggakan cukai taksiran berjumlah RM420,889.80 dalam Op Sita sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Kewangan DBKL, Mohamad Hamim berkata, bayaran tunggakan itu diperoleh daripada empat premis komersial selepas mengeluarkan notis sita kira-kira dua minggu lalu.

Katanya, tindakan penguatkuasaan itu berjalan lancar selepas pemilik premis bersetuju melunaskan bayaran pendahuluan sebanyak 30 peratus daripada jumlah tunggakan serta-merta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemilik premis sebelum ini telah diberi tempoh seminggu untuk menjelaskan baki tunggakan kepada DBKL sebelum berdepan tindakan menyita harta berdasarkan nilai tertunggak yang dilakukan mengikut Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam Operasi Sita Cukai Taksiran DBKL 2018 (Op Sita Cukai Taksiran) yang disertai oleh kira-kira 40 pegawai pelbagai jabatan DBKL. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×