Yakult sedia sambung taja Kelantan - Utusan Malaysia

Yakult sedia sambung taja Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 15 Nov. – Syarikat minuman pribiotik Yakult (M) Sdn. Bhd sedia meneruskan tajaan bagi musim 2019 sekiranya Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh mereka.

Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada berkata, ketika ini pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada Kafa berhubung perkara tersebut.

“Antara syarat yang kita telah kemukakan ialah ‘menaja’ pemain import dari Jepun untuk beraksi bersama Kelantan 2019 dan perkara tersebut telah dibentangkan kepada

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden Kafa, Bibi Ramjani dalam pertemuan sebelum ini.

“Sekiranya setuju dengan syarat itu, Yakult akan terus kekal bersama Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar perlawanan amal persahabatan pilihan Piya (Mohd. Badhri Radzi) menentang Lagenda Kelantan di sini hari ini.

Perlawanan itu akan berlangsung malam esok di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini bermula 8.45 malam.

Hamada memberitahu, Yakult turut diintai oleh beberapa pasukan Liga Super yang mahu bekerjasama dengan syarikat berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×