ALOR SETAR – Seorang duda dijatuhi hukuman penjara selama 48 tahun dengan 25 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual dan merogol anak perempuannya sejak September lalu.
Tertuduh berusia 42 tahun mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan amang seksual dan dua pertuduhan merogol anak tunggalnya itu yang berusia 12 tahun 20 hari.
Hakim Juraidah Abbas menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan 10 kali sebatan bagi setiap pertuduhan rogol ke atas tertuduh.
Juraidah memerintahkan hukuman penjara berjalan secara serentak bermula tarikh tangkap pada 2 November lalu.
Tertuduh di mahkamah berasingan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun dan dikenakan lima kali sebatan atas kesalahan melakukan amang seksual.
Lelaki itu yang bekerja sebagai pengutip besi buruk bagaimanapun hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 28 tahun. – K! ONLINE











