Lelaki rentung dipercayai mangsa bunuh ditemukan dalam kereta - Utusan Malaysia

Lelaki rentung dipercayai mangsa bunuh ditemukan dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT 15 Nov. – Mayat seorang lelaki ditemukan rentung dalam sebuah kereta
yang terbakar dipercayai mangsa bunuh di kawasan ladang kelapa sawit di
Kampung Banjar di Teluk Intan hari ini.

Mayat itu ditemukan setelah seorang lelaki yang menghubungi polis memaklumkan
sebuah kereta terbakar di lokasi tersebut kira-kira pukul 8.45 pagi.

Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibawa ke kawasan
itu untuk dibakar bagi menghapuskan bukti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd.
Rahman berkata, identiti mangsa terbabit sukar dikenal pasti ekoran keadaannya
yang rentung.

Katanya, tiada dokumen pengenalan diri yang boleh dikaitkan dengan mangsa
ditemukan di lokasi kejadian.

“Pihak polis menerima maklumat terdapat sebuah kereta terbakar dan pemeriksaan
kemudiannya menemukan satu mayat rentung di tempat duduk penumpang hadapan
kereta itu.

“Kita tidak menolak kemungkinan mayat tersebut di bawa dari lokasi lain
sebelum di bakar di Jalan Kampung Banjar menghala ke Kampung Selabak di Teluk
Intan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Balai Polis Segari
Manjung di sini hari ini.

Yahya berkata, siasatan kes itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-
UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×