ICERD: Jangan ganggu Perlembagaan - Utusan Malaysia

ICERD: Jangan ganggu Perlembagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 6 Nov. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengi­ngatkan pihak tertentu agar tidak mengganggu Perlembagaan negara termasuk menyentuh Islam sebagai agama Persekutuan serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Justeru tegas Presiden UMNO itu, parti menolak sekeras-kerasnya usaha untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Jangan usik apa yang termaktub dalam Perlembagaan, umat Islam atau sama ratakan Islam dengan agama lain, kedaulatan raja-raja Melayu serta jangan ganggu gugat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“UMNO bukan mahu jadi perkauman atau ekstremis agama, tetapi kita minta hak-hak yang ada dalam Perlembagaan dikekalkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Presiden UMNO dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Ahmad Zahid berkata, UMNO tidak menghalang hak beragama bagi agama lain termasuk hak berbahasa mengikut kaum, namun tetap akan mempertahankan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

Sebelum ini media mela­porkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy mengesahkan Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama tahun hadapan.

Katanya, komitmen tersebut turut disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengingatkan ahli UMNO supaya terus berjuang dan kekal bersama kepimpinan tertinggi untuk bangkit pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Kita perlu berjuang de­ngan ikhlas dan bekerja keras untuk mengembalikan semula kerajaan Persekutuan di bawah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN