Transaksi mudah alih meningkat - Utusan Malaysia

Transaksi mudah alih meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Maybank mengunjurkan peningkatan kepada RM40 bilion bagi transaksi mudah alih menjelang akhir tahun ini berbanding RM25 bilion yang dicatatkan tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Datuk Abdul Farid Alias berkata, sasaran tersebut bakal dipacu daripada permintaan lebih tinggi terhadap sistem pembayaran tanpa tunai dan penerimaan lebih baik bagi kod capaian pantas (QR), Maybank QR Pay.

“Kami akan mengembangkan capaian digital secara meluas menerusi usaha sama dengan pelbagai pihak malah, pengenalan Maybank QR ini dijangka mampu menyumbang kepada jualan Maybank.

“Maybank juga bercadang untuk meningkatkan kerjasama dengan lebih 200,000 peniaga menjelang akhir tahun ini dalam menyediakan kemudahan pembayaran tanpa tunai berbanding 160,000 peniaga ketika ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pelancaran kemudahan Maybank QR Pay di restoran KFC di seluruh negara di Mutiara Damansara di sini semalam.

Turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Maybank merupakan bank pertama di Malaysia yang menawarkan kemudahan pembayaran tanpa tunai mela­lui kod QR pada Januari lalu.

Sementara itu, Kamaruzzaman menjelaskan, sistem pembayaran digital kod QR melalui Maybank QR Pay akan disediakan di seluruh cawangan KFC dan Pizza Hut menjelang suku pertama tahun hadapan.

“Kemudahan pembayaran menerusi peranti mudah alih ini merupakan satu langkah progresif bagi memastikan syarikat kekal menjadi pe­neraju dalam perniagaan pada masa hadapan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini