Parti politik setuju had umur layak mengundi 18 tahun - Utusan Malaysia

Parti politik setuju had umur layak mengundi 18 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 31 Okt. – Sebanyak 32 daripada 51 parti politik berdaftar di negara ini bersetuju had umur layak mengun­di diturun­kan kepada 18 tahun berbanding 21 tahun sebelum ini.

AZHAR AZIZAN

Pengerusi Suruhan­jaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, perkara itu dinyatakan oleh wakil-wakil parti politik berkenaan tanpa sebarang bantahan dalam sesi perbincangan dengan SPR di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam perbincangan itu, jelasnya, parti-parti politik turut bersetuju dengan cadangan pendaftaran mengundi secara automatik.

“Perkara ini telah mendapat persetujuan kerajaan sebelum ini tetapi ia perlu diberi penelitian dalam perkara tertentu seperti aspek pertukaran alamat selain memerlukan pindaan undang-undang. Tetapi ia akan mengambil masa,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi perbincangan tersebut.

Pada 19 September lalu, Kabinet bersetuju menurunkan had umur layak mengundi di negara ini kepada 18 tahun dan ia akan dibawa ke Parlimen bagi membolehkan pindaan had umur itu dilaksanakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini