Arsenal menang, Emery beri amaran - Utusan Malaysia

Arsenal menang, Emery beri amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 23 Okt. – Pengurus Arsenal, Unai Emery berkata pemainnya perlu mengawal perlawanan dengan lebih baik selepas menyaksikan pasukannya bermula hambar sebelum meraih kemenangan 3-1 ke atas Leicester dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Dalam perlawanan tersebut, Arsenal memulakan aksi dengan ketinggalan 0-1 sewaktu separuh masa pertama hasil jaringan sendiri Hector Bellerin pada minit ke-31.

Tuan rumah dilihat bangkit selepas jaringan Mesut Ozil pada minit ke-45 yang menambah keyakinan pasukan untuk menambah lebih banyak gol.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dua lagi gol Arsenal diperoleh menerusi Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-63 dan ke-66.

Kata Emery, biarpun kagum dengan kemenangan diraih pasukannya namun dia tidak begitu gembira dengan permainan lemah dipamerkan oleh pemain.

“Hari ini, separuh masa pertama kami tidak mengawal permainan dengan baik.

“Selepas ini saya ingin melihat pasukan bermain dengan lebih tersusun,” kata Emery.

Arsenal melangkah ke tangga keempat kurang dua mata di belakang pendahulu Manchester City dan pasukan tangga kedua Liverpool. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini