ALOR SETAR – Peniaga laksa kebok, Daud Ismail tidak menyangka mi laksanya menjadi punca kejadian keracunan makanan membabitkan 83 kes dengan dua kematian pada awal bulan ini seperti diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kelmarin.
Daud, 51, berkata, proses penyediaan mi laksa dibuat dengan bersih dan ia merupakan amalannya sejak mengusahakan perniagaan itu di Kupang, Baling dekat sini kira-kira 15 tahun lalu.
“Pegawai kesihatan datang ke rumah saya semalam (kelmarin) beritahu mi laksa yang diproses di premis ini dicemari kuman (bakteria) tetapi saya tidak dimaklumkan pula kuman itu berpunca dari mana.
“Saya proses mi laksa ini dengan baik. Ia dididih dengan sempurna dan ia tidak disimpan, sebaliknya terus dibungkus untuk dijual kepada pelanggan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











