Anjur lebih banyak program bersama media - Utusan Malaysia

Anjur lebih banyak program bersama media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 21 Okt. – Jabatan dan agensi kerajaan diminta menganjurkan lebih banyak program bersama-sama pihak media bagi mengukuhkan kerjasama strategik dalam mempromosikan agensi masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, hubungan erat antara kedua-dua pihak penting bagi memudahkan penyaluran maklumat yang tepat dan cepat kepada masyarakat.

“Seperti program dilaksanakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan hari ini, banyak isu ingin diketengahkan terutamanya berkaitan bahasa dan buku-buku keluaran DBP.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, apabila ada hubungan erat seperti ini, memudahkan penyaluran maklumat kepada masyarakat,” katanya semasa merasmikan program Cabaran Jejak Bahasa Angsana sempena Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2018 di Angsana Johor Bahru Mall, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah DBP Wilayah Selatan, Abang Haliman Abang Julai; Ketua Pegawai Operasi Angsana Johor Bahru Mall, Imran Salleh dan Presiden Kelab Media Johor (KMJ), Mohamad Fauzi Ishak.

Sebanyak 16 kumpulan media cetak dan elektronik yang bernaung di bawah KMJ menyer­tai cabaran selama dua jam bermula 10 pagi itu.

Mohd. Khuzzan turut berharap supaya program itu dapat meningkatkan tahap penggunaan bahasa dalam kalangan pengamal media.

Dalam cabaran tersebut, setiap kumpulan yang terdiri daripada dua peserta dikehendaki menyelesaikan beberapa tugasan, termasuk menjual produk keluaran penaja kepada pelanggan, mela­kukan senaman dan menjawab soalan berkaitan bahasa.

Pertandingan itu dimenangi oleh Kumpulan Utusan Malaysia Johor yang diwakili Ketua Bironya, Luqman Haziq Abdullah dan jurugambar, Raja Jaafar Ali yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan sijil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini