Bubar Felcra FC satu kerugian - Utusan Malaysia

Bubar Felcra FC satu kerugian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMBUBARAN kelab bola sepak Felcra FC disifatkan sebagai amat merugikan pembangunan sukan nombor satu negara tersebut ketika ini.

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, B. Sathianathan (gambar kecil) berkata, pembubaran itu bakal menutup ­ruang kepada para pemain untuk mengembangkan karier profesional mereka.

“Felcra FC merupakan salah satu pasukan terbaik dalam kancah Liga Premier musim ini dan mereka menamatkan sai­ngan di tangga kedua di belakang Felda United.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka telah bermain bermati-matian untuk menempah slot ke saingan Liga Super musim depan tetapi sayang impian mereka musnah,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sathianathan memberitahu, pemain-pemain Felcra FC terpaksa bersaing untuk mencari pasukan baharu musim depan.

“Masalah kewangan pasukan merupakan satu virus yang boleh membunuh karier bola sepak setiap pemain dan masalah ini perlu diperincikan oleh semua pihak.

“Jika tidak ditangani dengan bijak, lebih banyak pasukan akan berundur kerana tidak mampu menyediakan bajet secukupnya,” ujarnya.

Menurut beliau, bola sepak bukan perniagaan menguntungkan, sebaliknya pihak pengurusan perlu bijak mencari penaja yang akan memberi kelebihan kepada kedua-dua pihak.

“Sebelum ini, Kuantan FA menarik diri ketika saingan Liga Premier sedang berlangsung dan ia memberi kesan kepada pasukan lain akibat pembatalan pungutan mata,” jelasnya.

Pada masa sama, Sathianathan turut membayangkan beberapa pasukan akan turut mengalami kekurangan dana untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Kelmarin, Pengerusi baharu Felcra, Datuk Mohd. Naqeeb Abdul Wahab me­ngumumkan pembubaran Felcra FC selepas menilai situasi ekonomi semasa bagi memastikan aliran tunai syarikat berada dalam keadaan stabil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini