SMK Za’ba selangkah ke final B-17 - Utusan Malaysia

SMK Za’ba selangkah ke final B-17

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba dan SMK Presint 14 (1) mempamer aksi positif dalam saingan separuh akhir pertama Piala Liga KPM-FAM Bawah 17 Tahun (B-17) apabila masing-masing tidak berdepan masalah mendapatkan kemenangan.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung hari ini menyaksikan SMK Presint 14 (1) menang 2-1 ke atas Sekolah Sukan Malaysia Pahang Bawah 15 ‘A’ di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka manakala SMK Za’ba melakar kemenangan selesa 4-2 ke atas SMK Gunung Rapat.

Jurulatih SMK Za’ba, Bushri Md Udin berkata, kemenangan yang diraih pasukannya amat bermakna tambahan pula apabila mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pertahanan Muhd Haziq Kamarulzaman dilayangkan kad merah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebangkitan dipamerkan oleh pasukan ini adalah hasil daripada semangat setia kawan dalam kalangan pemain selain tidak mengenal erti penat lelah.

“Mereka telah dibentuk dan diganding sejak tingkatan satu serta bermain bersama di kejohanan yang disertai,” kata Bushri.

Sementara itu, dua gol Muhd Hafiz Rosli berjaya membantu SMK Bukit Indah membawa bekalan selesa susulan kemenangan 3-0 ke atas SMK Za’ba dalam aksi separuh akhir pertama Piala Menteri Pendidikan Bawah 14

Tahun (B-14).

Satu lagi gol dijaringkan Muhd Haiqal Khairuddin sekali gus mengurangkan tekanan menjelang aksi separuh akhir kedua hujung minggu ini di Kuala Pilah.

Satu lagi aksi separuh akhir di antara SMK Putera dan Sekolah Sukan Malaysia Pahang B13 menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 2-2. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini