SEREMBAN 24 Ogos – Seorang bayi lelaki berumur empat bulan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini selepas dipercayai mengalami pendarahan otak dan mata ketika berada dalam jagaan pengasuhnya baru-baru ini.
![]() |
|
MUHAMMAD UMMAR ZAYYAN HAIKAL HAFFIZE yang kini kritikal dirawat di HTJ, Seremban. – UTUSAN ONLINE
|
Muhammad Ummar Zayyan Haikal Haffize dilaporkan kritikal dan dirawat di hospital tersebut sejak 21 Ogos lalu.
Kejadian yang menimpa bayi tersebut tular dalam media sosial dan difahamkan, doktor yang merawatnya mengesahkan terdapat kesan lebam di bahagian mata serta kepala selain kesan lebam di perut dan paha.
Difahamkan ibu bapa bayi berkenaan mengenali pengasuh yang beroperasi di daerah ini melalui laman Facebook dan menghantar anaknya untuk dijaga sejak seminggu lalu.
Sementara itu, ibu bayi itu ketika dihubungi mengakui anaknya kini dirawat di HTJ dan telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE












