Dibandingkan dengan Beto, Adi Putra berlapang dada

Dibandingkan dengan Beto, Adi Putra berlapang dada

adi putra
Adi Putra
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datuk Adi Putra mengakui tidak terkesan dengan tindakan segelintir pihak yang mempersoalkan ke­sesuaian beliau memba­wakan watak Mat Kilau.

Menurut Adi, dia berlapang dada dan mene­rima pandangan pihak berkenaan yang merasakan watak tersebut lebih sesuai dijayakan pelakon, Beto Khusyairi.

“Saya tidak melihatnya sebagai sesuatu yang negatif. Seperti sebelum ini, saya berikan pujian kepada Beto. Memang dia seorang pelakon serba boleh. Jadi, tak ada masalah sekiranya ada yang berpandangan dia layak membawakan watak Mat Kilau.

“Cuma mungkin sudah tertulis sayalah yang membawakan watak Mat Kilau. Watak Mat Kilau terbatas kerana ia sudah tertulis di dalam sejarah.

“Inilah cabaran menjadi seorang pelakon kerana kita perlu tahu apa yang perlu kita buat sesuai dengan tahap kemampu­an kita. Sukar untuk kita meyakinkan mata dan jiwa penonton terhadap sesuatu watak yang kita bawakan,” katanya.

Adi berkata demikian ketika hadir dalam sesi khas bersama media yang diadakan di hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, semalam.

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terus diangkat filem epik paling berjaya dengan rekod kutipan terkini mencecah RM71 juta selepas tiga minggu dita­yangkan.

Mengulas lanjut, Adi memaklumkan tidak timbul soal siapa yang lebih layak membawakan watak bersejarah itu kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri sebagai pelakon.

“Bila dibandingkan, saya rasa Beto pun susah juga nak lakonkan watak Mat Kilau. Antara kami, tidak ada sesiapa yang merasakan diri kami lebih layak bawakan watak berbanding orang lain.

“Perbandingan ini dibuat masyarakat di luar sana. Bagi saya, pelakon yang serba boleh harus dinobatkan dan diangkat agar kita tidak lupa.

“Kita pun bersilih ganti dengan pelakon baru sedia ada. Apapun, Beto hebat. Itulah yang saya boleh katakan,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×