KUALA LUMPUR 15 Okt. – Jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd., Allahyarham Nazrin Hassan tiba di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara kira-kira pukul 11.35 pagi untuk pengebumian semula.
Jenazah yang dibawa dengan van jenazah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) turut diiringi sebuah kereta dan dua motosikal pengiring polis.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kira-kira 10 minit selepas itu, kelihatan sebuah kereta dipercayai ahli keluarga Nazrin memasuki perkarangan tanah perkuburan tersebut.
Kubur Allahyarham Nazrin di gali semula pada 8 Oktober lalu atas permintaan abang kandung Nazrin, Dr. Malek Hassan agar bedah siasat kedua dapat dilakukan.- UTUSAN ONLINE











