SHAH ALAM – Sembilan daripada 22 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memulakan pemilihan parti itu semalam melibatkan kira-kira 108,000 ahli.
Antaranya Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Serdang, Kelana Jaya, Subang, Kapar, Kota Raja dan Sepang.
Selangor mempunyai keahlian paling ramai yang layak mengundi iaitu kira-kira 250,000 orang.
Proses pengundian menggunakan kaedah e-Undi itu berlangsung dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang.
Selangor turut menjadi tumpuan pada pemilihan kali ini apabila menyaksikan pertembungan dua calon negeri itu bagi jawatan Timbalan Presiden iaitu antara penyandangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Mohd. Rafizi Ramli.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Rashid Din berkata, pemilihan di Selangor dipecahkan kepada tiga fasa kerana ahlinya yang terlalu ramai.
Menurut beliau, siri kedua dan ketiga masing-masing dijalankan pada 21 dan 28 Oktober.
“Pegawai tempat mengundi juga dipilih dalam kalangan mereka dari luar Selangor bagi mengelakkan berlakunya pilih kasih,” ujarnya kepada pemberita di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











