Syed Saddiq ziarah mangsa panahan petir - Utusan Malaysia

Syed Saddiq ziarah mangsa panahan petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluangkan masa menziarahi mangsa insiden panahan petir Kejohanan Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) peringkat kebangsaan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), hari ini.

Dalam satu kenyataan, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan perkara tersebut dua daripada tiga mangsa dibenarkan pulang.

“Mangsa-mangsa yang terlibat iaitu Nurrizati Kamsani dari Terengganu telah dibenarkan pulang dan Abd Wahid bin Habib Abdullah dari Sabah dijangka dibenarkan pulang petang ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Manakala Faizal Alli juga dari Sabah pula masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan perkembangan beliau akan dipantau daripada semasa ke semasa,” katanya.

Kejohanan LiSUS semalam terpaksa ditunda setelah tiga pemain futsal cedera akibat dipanah petir di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, petang semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini