Azmin atasi Rafizi di Kota Raja - Utusan Malaysia

Azmin atasi Rafizi di Kota Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 14 Okt. – Penyandang Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menang pemilihan PKR bagi Cabang Kota Raja apabila meraih 1,155 undi mengalahkan lawannya, Rafizi Ramli, dengan perbezaan 93 undi, apabila pencabarnya itu meraih 1,062 undi.

Regu Mohamed Azmin, Dr. Xavier Jayakumar juga menang besar untuk jawatan Naib Presiden apabila meraih 1,138 undi meninggalkan Nurul Izzah Anwar yang sekadar memperoleh 835 undi untuk membolehkan anak kepada Presiden PKR itu mengisi tempat kedua.

Bagaimanapun, dua lagi penyokong kuat Mohamed Azmin iaitu Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua ketinggalan apabila gagal mengisi dua lagi kedudukan teratas bagi jawatan Naib Presiden apabila masing-masing dimenangi S. Kesavan dan William Leong untuk kedudukan ketiga serta keempat, yang diketahui tidak sebulu dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, R. Gunarajah dan Mohd. Zawawi Ahmad Mughni yang juga dilihat lebih mesra dengan kumpulan Rafizi turut menguasai jawatan Ketua Cabang dan Timbalan Ketua Cabang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini