KUALA LUMPUR 14 Okt. – Pemain kebangsaan, Cheam June Wei menghampiri kejuaraan keduanya tahun ini selepas mengetepikan bekas juara remaja Eropah, Toma Junior Popov dari Perancis untuk melangkah ke perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka Belanda di Almere, hari ini.
June Wei, yang sebelum ini mengejutkan pilihan kelapan, P. Kashyap dari India meneruskan kecemerlangannya dengan menumpaskan Popov 19-21, 23-21, 21-10.
Kemenangan tersebut bakal menemukan pemain berusia 21 tahun tersebut dengan Sourabh Verma dalam final awal pagi esok sebelum jaguh India itu mengejutkan pemain tuan rumah yang juga pilihan utama Mark Caljouw, 21-18, 21-19 dalam satu lagi separuh akhir.
June Wei, pemain No. 93 dunia yang sebelum ini merangkul kejuaraan pertamanya dalam Kejohanan Antarabangsa Belanda di Wateringen, April lalu tidak mempunyai rekod pertemuan menentang Verma. – UTUSAN ONLINE











