SHAH ALAM – Cabang Kota Raja memilih Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti berkenaan hari ini.
Mohamed Azmin mendapat sebanyak 1,155 undian manakala Rafizi Ramli dengan 1,062 undi.
Bagi jawatan Naib Presiden, perwakilan memilih Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr. Xavier Jayakumar dengan 1,139 undi, Nurul Izzah Anwar (835), S. Kesavan (600) dan Zuraida Kamaruddin (583).
Selain itu, K. Vasantha Kumar (534), Shamsul Iskandar (507), Tian Chua (498), Balasubramaniam (493), Datuk Johari Abdul (444), Michael Tamilasaran (179) dan Azan Ismail (114).
Sementara itu, bagi jawatan Ketua Cabang Kota Raja dimenangi R. Gunarajah dengan 1,026 undi sementara Timbalan dimenangi Mohd. Zawawi Ahmad Mughni dengan 1,004 undi. – K! ONLINE











