Halimey pakai pas calon timbalan presiden 'nombor 2' - Utusan Malaysia

Halimey pakai pas calon timbalan presiden ‘nombor 2’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 okt. – Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar ke lokasi Pemilihan PKR bagi Cabang Kelana Jaya dekat sini dengan memakai pas calon yang tertera tulisan ‘Calon Timbalan Presiden No. 2’ menarik perhatian para ahli dan pengamal media.

Tindakan beliau itu telah menimbulkan persoalan kerana hanya dua tokoh sahaja yang diumumkan bertanding untuk jawatan itu iaitu penyandangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, ketika ditanya adakah pemakaian pas itu menandakan beliau adalah sebahagian daripada kem Azmin, Halimey berkata, nombor dua yang tertera pada pas itu adalah merujuk kepada jawatan timbalan presiden yang merupakan kedudukan kedua tertinggi dalam parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sambil berseloroh, beliau menafikan angka berkenaan merujuk kepada nombor calon yang diwakili oleh Menteri Hal Ekonomi itu dalam pemilihan kali ini.

“Saya datang memantau sahaja, pas tidak ada tulis nama sesiapa. Tulis A. A (Azmin Ali) tidak ada, tulis R. R. (Rafizi Ramli) pun tiada.

“Timbalan presiden memang nombor dua dalam parti,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks 3K Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini