Halal, Kosher dan Capai Tujuan Cara Confucius - Utusan Malaysia

Halal, Kosher dan Capai Tujuan Cara Confucius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Selain daripada ciptaan kertas, serbuk letupan dan sempoa, tiga sumbangan terpenting tamadun China kepada manusia, terdapat pelbagai sistem falsafah di China yang membuatkan China muncul sebagai salah satu entiti paling progresif dan maju di dunia.

Sesungguhnya, mendiang Dr. Lucian Pye, ahli sains politik terkemuka di MIT pernah berkata “China ialah tamadun yang berpura-pura menjadi sebuah negara”. Pye tidak mengulas dengan cakap angin, beliau membuat pernyataan tersebut melalui pemerhatian dan penyelidikan yang mendalam.

Masalahnya, China masih berbolak-balik tentang kesedaran ketamadunan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dunia luar berpandangan bahawa China menggesa sekurangnya 68 buah negara untuk bekerjasama dan menjadi sebahagian daripada inisiatif “Road and Belt” (BRI).

Oleh asbab itu, bermula pada Oktober 2013, Presiden Xi JinPing mengambil langkah pertama di Almaty, Kazakhstan dan kemudian menggandakan capaian anggota BRI dengan memujuk Indonesia untuk menyertai BRI.

Sudah tentu China tidak akan terlepas pandang kenyataan jelas bahawa kedua negara Muslim tersebut sudah lama mengetepikan Komunisme dalam semua aspek kehidupan mereka.  
Namun begitu, pemimpin Indonesia mahupun Kazakhstan tetap bekerjasama dengan China; sebagai sebuah negara atau tamadun, kerana tertawan dengan propaganda China yang menegaskan kepentingan untuk mengembalikan kegemilangan Laluan Sutera purba.

Dalam erti kata lain, dua negara tersebut, termasuk Malaysia turut mengamalkan konsep Confucius “Chung Yung” atau “Middle Way”.
Daripada cuba untuk menjauhkan diri dari China atau BRI, penglibatan dan sokongan dari tiga negara paling progresif dalam dunia Islam iaitu Kazakhstan, Indonesia dan Malaysia memberi peningkatan dan kelebihan kepada Presiden Xi JinPing untuk merealisasikan strategi beliau.

China telah berjanji untuk membiayai hampir AS$100 bilion kepada Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB) dengan tambahan AS$50 bilion yang akan disalurkan kepada dana pembangunan Laluan Sutera.

Namun begitu, terdapat negara yang mengambil pinjaman dan tidak mampu untuk membayar semula.  Sesetengah negara seperti Sri Lanka, Maldives, Pakistan, dan kemungkinan Tonga di Pasifik telah mengambil pinjaman dan sedang menghadapi konflik untuk membayar semula pinjaman tersebut.

Venezuela yang tidak terbabit secara langsung dalam BRI, turut berhadapan dengan konflik yang sama dan memikul bebanan hutang dengan China hingga terpaksa menggunakan sistem barter dengan mengeksport minyak ke China sebagai salah satu cara untuk melangsaikan hutang.

Beijing bukan sahaja tidak memberi bantuan kewangan dan pinjaman yang bebas kos, malahan membawa impak besar di negara penerima.

Filipina tidak terkecuali dijanjikan sejumlah bantuan pembangunan dari China, bernilai AS$2.6 bilion – sebahagian besar jumlah bantuan akan digunakan untuk membangunkan Mindanao dan Manila. Presiden Filipina, Roberto Duterte menerima kecaman dan dituduh seorang yang mudah terpedaya oleh pihak pembangkang politik.

Selagi Filipina tidak menerima bantuan kewangan yang dijanjikan, sokongan politik terhadap Roberto Duterte akan terus terjejas.

Di Malaysia, salah seorang warganegara terkenal, Jho Low, dikatakan memperolehi perlindungan dari China.

Beberapa syarikat kosong (shell companies) milik China yang mana jika akaun di Kementerian Kewangan Malaysia diselidik dengan lebih lanjut, nescaya digunakan dalam skim pengubahan wang 1MDB.

Meskipun mempunyai toleransi tinggi akan kepentingan “impian”, “rekabentuk” dan “pembangunan” yang dibawa oleh China, banyak negara Islam dijangka hanya akan duduk dan lihat – dengan mulut tertutup – apabila hampir 1 Juta etnik Uyghurs di China telah ditahan dan diarahkan menyertai latihan di kem “pendidikan semula”.

Pihak berkuasa di Xinjiang (dahulunya dikenali sebagai Urumqi) mencabar tabiat dan cara hidup Islam tempatan dengan mengenakan tindakan punitif atas aktiviti yang dipanggil kecenderungan “Pan-Halal”.

Muslim tahu apa itu “kosher”; persediaan makanan Yahudi yang mempunyai standard yang sama dengan cara Islam, namun, tiada siapa pernah mendengar cara “Pan-Halal”.

Sudah tentu 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia yang menitikberatkan sumber makanan dan barangan kegunaan, pasti akan terkejut apabila China menganggap kepekaan tersebut sebagai “kecenderungan pelampau”.

Adakah ini bermakna, umat Islam tidak lagi dialu-alukan di China?  
Ini ganjil kerana pihak berkuasa Jepun yang sedang bersiap siaga untuk Olimpik Tokyo 2020, turut meminta lebih banyak negara Islam, terutamanya Malaysia, untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam penyediaan makanan halal.

Sebelum ini, Beijing telah menganjurkan Olimpik 2008 dan Exhibition Shanghai 2010. “

Made in China” boleh dikatakan tiga perkataan yang mencorak dunia pembuatan – termasuk makanan dalam tin – terus membangun dan berkembang pesat sejak 1976,  setelah China membuka pintu kepada seluruh dunia.

Kenapa sekarang China tergamak menggigit tangan yang memberi ia makan?
 
Dalam kekeliruan ini, Muslim diberitahu untuk mencari “Middle Way”, falsafah yang sama turut diperkenalkan oleh Aristotle.

China mempunyai konsep serupa, dalam bentuk “Chung Yung” sejak dahulu lagi. Malahan, ahli falsafah Yahudi, Moses Maimonides pernah mengesahkan bahawa apabila semua undang-undang gagal, hanya tinggal satu prinsip sahaja yang boleh membimbing manusia, iaitu “tidak melakukan perbuatan yang anda tidak mahu orang lain lakukan kepada anda” – sekali lagi, ia adalah konsep Confucius yang biasa digunakan di China.

Percubaan diluar bidang kehakiman untuk meminta semua umat Islam di Xinjiang (Urumqi) dan China untuk mematuhi perintah Parti Komunis China akan menimbulkan kekeliruan terhadap “Pan-Halal”.

Tetapi mengapa negara dalam dunia Islam, terutamanya Turki mahu membantu China dan menyokong BRI, sedangkan China bersikap tidak mesra kepada negara Islam yang lain?

Sudah sampai masa untuk China memberi jawapan yang jelas tentang hal ini.

Penjelasan yang diberi tidak boleh diolah daripada jawapan sama seperti kempen menghentikan kecenderungan “Pan-Halal” yang dianggap sebagai cara untuk mengawal fahaman pemisahan “separatisme”, “secessionism” dan “splittism”, yang turut dikenali sebagai “tiga keburukan” di China.

‘Tiga Keburukan” tidak mendapat sokongan daripada negara anggota BRI kerana wujud kesedaran tentang kesan huru-hara yang bakal terjadi jika cuba untuk mengawal “Tiga Keburukan” itu.

Sebenarnya, tiada siapa ingin melihat Islamophobia di China, tidak seperti yang digembar-gemburkan kader parti tempatan di Xinjiang (Urumqi).

Adalah lebih baik jika China dapat menghormati umat Islam bukan hanya di China, tetapi juga, negara-negara yang tergolong dalam dunia Islam yang lebih besar.

Namun begitu, laporan yang disampaikan dalam The Star Malaysia sebaliknya melaporkan bahawa Malaysia ‘menentang’ China dengan membebaskan 11 Uyghur Turki daripada tahanan dan membenarkan mereka terbang ke Turki.

The Star Malaysia sepatutnya menekankan bahawa Malaysia ialah sebuah negara berintegiriti dan mengikut kedaulatan undang-undang sejak menggulingkan kerajaan terdahulu semasa pilihan raya 9 Mei 2018 yang lalu.

Jika China ingin mencabar keputusan Malaysia untuk membebaskan tahanan tersebut, sila kemuka bantahan ke pihak pengadilan mahkamah di Malaysia.

Dunia tidak ingin menyaksikan satu lagi tragedi seperti apa yang terjadi di Tibet, berlaku di Urumqi atau Xinjiang!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini