Leishman, Shubankar berpeluang - Utusan Malaysia

Leishman, Shubankar berpeluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Pemain golf Australia, Marc Leishman dan S. Shubankar dari India berpeluang untuk menamatkan dominasi kejua­raan pemain Amerika Syarikat (AS) di kejohanan golf CIMB Classic selepas kedua-dua pemain itu berkongsi kedudukan pendahulu hari ketiga bersama Gary Woodland dengan kelebihan dua pukulan menjelang aksi hari terakhir.

Sejak mula diperkenalkan pada 2010, kejohanan bernilai AS$7 juta (RM29.06 juta) itu dikuasai sepenuhnya pemain-pemain dari negara Uncle Sam itu bermula dengan Ben Crane, Bo Van Pelt (2011), Nick Watney (2012), Ryan Moore (2013, 2014), Justin Thomas (2015, 2016) dan Pat Perez (2017).

Aksi di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara, di sini hari ini me­nyaksikan Leishman, Shubankar dan Woodland ma­sing-masing mengumpul 197 pukulan, 19 di bawah par dan diikuti rapat pemain Afrika Selatan, Louis Oosthuizen yang ketinggalan dua pukulan de­ngan catatan 199 pukulan, 17 di bawah par secara keseluruhan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Leishman berkata, peluang untuk merebut kejuaraan edisi kali ini terbuka kepada semua kerana kesemua pemain beraksi dengan baik berdasarkan kepada catatan yang diraih.

Katanya, bagi memastikan kejuaraan menjadi miliknya esok, dia perlu mencatatkan keputusan yang begitu rendah seperti 25 di bawah par secara keseluruhan tetapi mengakui semuanya bergantung kepada keadaan cuaca.

Aksi hari terakhir menyaksikan Leishman, Shubankar dan Woodland akan beraksi dalam satu kumpulan.

“Kami akan bermain bersama esok, tidak kisah sama ada pemain dari kumpulan kami atau kumpulan lain menjadi juara…tetapi saya harap, saya akan menjadi juara esok tetapi saya perlu beraksi cemerlang.

“Pukulan 25 di bawah par secara ke­seluruhan akan menjadi permulaan yang baik tetapi bergantung kepada cuaca kerana keadaan angin akan mengganggu pin. Apa juga yang berlaku esok, saya harap dapat bermain cemerlang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini