Menteri-menteri dipantau - Utusan Malaysia

Menteri-menteri dipantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMANG sukar jadi pemimpin dalam kerajaan baharu sekarang kerana setiap gerak-geri serta percakapan mereka akan dipantau rapi oleh setiap lapisan rakyat.

Sejak seminggu lalu, tular di media sosial mengenai rangking menteri-menteri Kabinet berdasarkan prestasi perkhidmatan dan kontroversi yang kerap mereka cetuskan setelah dilantik ke jawatan itu sejak kepimpinan negara beralih tangan dari Barisan Nasional (BN) ke PH.

Antara menteri yang menjadi sasaran ialah Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mungkin tidak adil juga untuk mengadili barisan menteri yang ada sekarang kerana mereka tidak mempunyai pengalaman sebelum ini dalam mentadbir negara.

Tidak seperti menteri di era pemerintahan BN dulu, kebanyakan mereka bermula dengan timbalan menteri dulu sebelum dinaikkan pangkat sebagai menteri.

Pengalaman bermula dari bawah sebenarnya banyak membantu menteri-menteri dulu yang begitu berhati-hati dalam membuat keputusan atau mengeluarkan kata-kata apalagi di depan petugas media.

Selain pemimpin bertaraf menteri, tentunya fokus netizen di media sosial juga turut tertumpu kepada wakil-wakil rakyat PH sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Semoga menteri yang kerap menjadi sasaran netizen perlu memperbaiki diri kerana mereka akan terus dipantau sehinggalah ke pilihan raya umum akan datang.

P/S: Takut kena pantau bini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini