Wajarkah lebuh raya tanpa tol? - Utusan Malaysia

Wajarkah lebuh raya tanpa tol?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENTU rakyat negara ini akan bersorak gembira jika kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janjinya untuk menghapuskan tol lebuh raya seperti mana dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

 

Namun kegembiraan itu tidak akan berlaku nampaknya berdasarkan penegasan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kelmarin bahawa pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan.

Penegasan Dr. Mahathir itu tentunya mengambil kira kengkangan kewangan dihadapi kerajaan termasuk dalam melunaskan hutang negara yang dikatakan mencecah RM1 trilion.

Jika kerajaan PH mengotakan janji manifestonya, rakyat akan gembira untuk sementara saja. Kesan besarnya kemungkinan berkurang atau tidak ada lagi lebuh raya baharu akan dibina pada tahun-tahun mendatang.

Ini kerana kos pembinaan lebuh raya terlalu tinggi termasuk melibatkan bayaran pampasan jika melibatkan tanah persendirian atau swasta.

Tanpa kutipan tol, macam mana kerajaan mahu mencari duit berbilion ringgit untuk membina lebih banyak lebuh raya baharu bagi kemudahan rakyat dan merancakkan perekonomian sesebuah kawasan atau negeri.

Akhirnya yang menerima kesan adalah rakyat sendiri. Sebab itu, mana-mana parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang perlu berhati-hati dalam menabur janji kerana kesudahannya imej parti sendiri tercalar di mata rakyat jelata.

P/S: Duit laju bayar tol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×