'Ada serigala dalam FAS' - Utusan Malaysia

‘Ada serigala dalam FAS’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 12 Okt. – Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ternyata tidak pernah sunyi daripada ledakan isu dalaman dan terbaharu tindakan ahli gabungannya memanggil Kongres Luar Biasa (EGM) bagi merombak dan melantik exco baharu termasuk untuk jawatan presiden me­ngundang rasa kecewa dam murka Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin.

Tengku Amir yang juga Pre­siden FAS bertitah, baginda percaya tindakan memanggil EGM itu berlaku kerana ahli gabungan FAS telah dimanipulasi, ditipu serta diugut sekumpulan individu yang disifatkan baginda sebagai ‘serigala berbulu domba’, yang penuh dengan kepentingan diri, bukannya hendak bekerjasama demi kemajuan FAS dan bola sepak Selangor.

Tegas Tengku Amir, baginda tidak bersetuju dengan keperluan memanggil EGM dan murka dengan sikap segelintir exco yang menyokong perkara itu secara terbuka kerana tiada keperluan untuk melakukan rombakan ketika kerja baharu sahaja bermula, lebih-lebih lagi alasan yang diberikan kumpulan terbabit dilihat sebagai amat lemah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tengku Amir turut kecewa dengan sikap ahli gabungan yang gemar memanipulasi dan mengambil kesempatan ke atas Statut FAS, bagi menjatuhkan beberapa pihak walaupun barisan kepimpinannya tidak melakukan kesalahan di dalam persatuan.

“Apabila beta membuat kenyataan pada 5 Jun lalu, selepas menerima pencalonan sebagai Presiden, beta nyatakan secara terang bahawa perubahan menyeluruh harus dilakukan. Tetapi terdapat individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menggunakan Statut FAS yang sudah diolah mereka untuk melin­dungi diri sendiri.

“Sebagai contoh, alasan yang digunakan untuk mengadakan EGM langsung tidak munasabah, tetapi masih boleh diteruskan dan perkara ini sangat tidak ma­suk akal.

“Beta juga merasa sangat terkilan kerana masa ini patut digunakan untuk meneliti dan merancang untuk persiapan musim tahun hadapan, terma­suk mencari penaja bagi menambah dana persatuan.

“Sebaliknya, langkah tidak bertanggungjawab ini menyebabkan masa orang yang jujur dan bekerja keras demi FAS dibuang begitu sahaja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini