Tebing jalan runtuh akibat hujan lebat - Utusan Malaysia

Tebing jalan runtuh akibat hujan lebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU 12 Okt. – Sebahagian tebing jalan raya di Jalan Seremban-Simpang Pertang, berhampiran Bukit Tangga dekat sini runtuh akibat hujan lebat pagi tadi.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Jelebu dalam satu kenyataan memberitahu, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi melibatkan kedalaman lebih 15 meter (m) dan sepanjang 12m dengan lebar 7.5m.

Menurut kenyataan itu, susulan kejadian itu, jalan utama dari arah Seremban ke Kuala Klawang ditutup selorong kepada semua kenderaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Para pengguna jalan raya yang melalui jalan Seremban-Simpang Pertang dinasihatkan berhati-hati semasa melalui kawasan berkenaan.

“Pihak JKR daerah telah melakukan memasang papan tanda amaran, penyekat plastik dan lampu isyarat di lokasi kejadian dan pemantauan akan dibuat secara berterusan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, runtuhan tanah di tepi jalan berhampiran kawasan rekreasi Hutan Lipur Jeram Toi tersebut tidak melibatkan kecederaan orang awam yang melalui kawasan itu.

Beliau berkata, para pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut dinasihatkan supaya memandu secara perlahan dan mematuhi papan tanda sementara yang dipasang oleh JKR untuk keselamatan semua. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini