Peragut dicekup mangsa - Utusan Malaysia

Peragut dicekup mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG 12 Okt. – Seorang peragut tersalah pilih mangsa apabila dia ditangkap lelaki yang diragutnya dalam kejadian di Jalan Semenyih, di sini semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 40 tahun itu gagal mengawal motosikalnya selepas dikejar mangsa berusia 25 tahun sehingga melanggar sebuah kereta yang turut berada di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, suspek yang berasal dari Mantin, Negeri Sembilan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek yang menaiki motosikal seorang diri melarikan beg mangsa yang diletakkan dalam bakul motosikal yang dinaikinya.

“Apabila mangsa mengejar suspek, dia terus panik sekali gus melanggar sebuah kereta yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang, di sini hari ini.

Tambah Ahmad Dzaffir, suspek cuba melarikan diri, namun dengan bantuan orang awam dia berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Kita percaya suspek terlibat dalam 12 kes seumpama itu di sekitar Kajang dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini