PRK Port Dickson: Kempen tamat tengah malam ini - Utusan Malaysia

PRK Port Dickson: Kempen tamat tengah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan kesemua tujuh calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson supaya menghentikan  semua aktiviti kempen tepat pukul 11.59 malam ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood berkata, selain itu, semua pihak diingatkan bahawa semua bentuk kempen atau aktiviti meraih undi dilarang pada hari pengundian esok.

“Tiada mana-mana pihak boleh merayu undi termasuk di luar pusat mengundi dan melalui saluran media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain seumpamanya. SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya di PRK esok bagi memastikan proses pilihan raya tidak menganggu ketenteraman awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebarang pelanggaran undang-undang yang berkaitan boleh diambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan petugas SPR bagi PRK Parlimen Port Dickson di sini, hari ini.

Proses pengundian bagi PRK Parlimen Port Dickson, yang akan berlangsung esok, melibatkan 1,403 petugas SPR. Seramai 68,317 pemilih berdaftar yang layak akan mengundi di 32 pusat pengundian yang akan mula dibuka pukul 8,00 pagi esok membabitkan 154 saluran. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini