3 kawasan panas dikenal pasti di Port Dickson - Utusan Malaysia

3 kawasan panas dikenal pasti di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 12 Okt. – Tiga kawasan panas dikenal pasti oleh polis dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson esok berdasarkan rekod lima tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kawasan tersebut ialah Bukit Pelanduk, Kuala Lukut dan Linggi.

“Kita mengklasifikasikan lokasi tersebut sebagai kawasan panas berdasarkan kajian lima tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, laporan kes melibatkan lokasi tersebut sudah berkurangan. Pihak polis sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Aidi Sham berkata, sebanyak 141 permohonan permit ceramah telah diluluskan oleh polis sehingga kempen berakhir hari ini.

“Ia melebihi jumlah permit yang dikeluarkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu iaitu sebanyak 139 permit,” ujarnya.

Aidi Sham juga menasihatkan para penyokong parti yang bertanding supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perkara yang boleh mendatangkan provokasi kepada pihak lain.

“Polis telah menugaskan lebih 800 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson dan kontinjen Negeri Sembilan untuk membantu memastikan kelancaran PRK esok,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini