Kemasukan pelajar tanpa kerakyatan ke sekolah kerajaan dipermudah - Utusan Malaysia

Kemasukan pelajar tanpa kerakyatan ke sekolah kerajaan dipermudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Kementerian Pendidikan bersetuju untuk mempermudahkan proses kemasukan kanak-kanak tanpa kerakyatan ke sekolah kerajaan, di mana mereka hanya perlu mengemukakan sama ada sijil lahir, surat anak angkat atau perintah mahkamah untuk  diterima masuk belajar.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, bagi yang tidak memiliki dokumen berkenaan, mereka boleh mendapatkan pengesahan daripada ketua masyarakat atau wakil rakyat masing-masing, dan mereka akan turut dibenarkan mengambil peperiksaan umum UPSR, SPM dan STPM.

Beliau berkata, bagi kanak-kanak yang belum memiliki kerakyatan tetapi salah seorang ibu bapanya warganegara Malaysia serta memiliki sijil lahir pula, mereka tetap boleh mendaftar untuk bersekolah di sekolah kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Langkah ini diambil kerana kerajaan berhasrat memberi pendidikan formal kepada semua kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas beliau menyempurnakan upacara perasmian pagar baharu, Gate of Alumni Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Kuching High di sini hari ini.

Menurutnya, keputusan itu dicapai pada mesyuarat kementerian minggu lepas, untuk diguna pakai pada sesi persekolah Januari tahun hadapan dengan syarat ibu bapa perlu mengemukakan dokumen yang berkaitan dalam tempoh dua tahun. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini