Sukarelawan MRA ke Palu Isnin ini buka pusat rawatan trauma - Utusan Malaysia

Sukarelawan MRA ke Palu Isnin ini buka pusat rawatan trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Kumpulan pertama pasukan perubatan Malaysian Relief Agency (MRA) yang terdiri daripada tujuh sukarelawan akan diterbangkan ke Wilayah Tanduo, Palu Selatan, Indonesia pada Isnin ini untuk membuka sebuah pusat rawatan trauma di sana.

Setiausaha Agungnya, Dr. Shahrizal Azwan Samsudin berkata, pusat rawatan itu bakal memfokuskan bantuan dari segi perubatan dan rawatan trauma kepada mangsa khususnya golo­ngan wanita dan kanak-kanak.

Menurut beliau, pasukan berkenaan terdiri daripada dua pegawai perubatan, seorang pegawai farmasi, dua jururawat dan dua sukarelawan am.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka akan berpusat di kawasan pemindahan sementara yang merupakan puluhan khemah yang menempatkan sebanyak 200 ke­luarga.

“Perasaan takut dan trauma menghantui kanak-kanak terbabit dan memberi impak negatif kepada psikologi dan emosi mereka. Aktiviti yang dirancang adalah seperti program kesihatan, pendidikan, permainan, nyanyian dan bercerita yang dilihat akan membantu mengalih­kan perhatian mereka buat sementara waktu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tsunami berukuran 1.5 meter membadai kawasan berkenaan selepas berlakunya gempa bumi berukuran 7.5 magnitud pada 28 September lalu.

Shahrizal Azwan menambah, pihaknya juga akan melak­sanakan program bantuan air bersih yang sangat diperlukan oleh mangsa sebagai minuman, menjaga kebersihan dan melaksanakan ibadah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini