Terima kasih KDN - Utusan Malaysia

Terima kasih KDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SAYA ingin sampaikan ucapan terima kasih kepada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terutama sekali kepada Pegawai Bahagian Keselamatan kerana memberikan kelulusan untuk menuntut semula dua bilah parang bagi tujuan perhiasan daripada Unit Kastam KLIA2 yang telah ditahan sejak 3 Mac 2018 kerana membawa masuk senjata berjadual di bawah Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Saya pada mulanya merasakan bahawa senjata yang hendak dibuat barang perhiasan peribadi itu tidak dapat dikembalikan lagi. Ini kerana ia berkemungkinan menjadi satu kesalahan membawa parang dalam penerbangan tetapi pihak kastam KLIA2 telah menasihatkan saya supaya menghantar surat rayuan kepada KDN.

Kepada penumpang yang ingin melancong keluar negara sila ambil iktibar bahawa membawa balik senjata seperti parang walaupun untuk tujuan perhiasan kerana keunikan dan keindahan sesuatu barangan tersebut, adalah tidak digalakkan. Juga jangan terpengaruh dengan kata-kata manis penjual barangan itu. Penjual mendakwa barangan tersebut boleh dibawa masuk sedangkan apabila diskrin atau scan berkemungkinan akan ditahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengalaman ini satu pengajaran berguna kepada saya dan ia juga perlu dijadikan iktibar.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN

Ampangan Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini