PRK Port Dickson: Sokongan terhadap Anwar 74 peratus, kadar keluar mengundi 60 peratus - Utusan Malaysia

PRK Port Dickson: Sokongan terhadap Anwar 74 peratus, kadar keluar mengundi 60 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Kajian oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati sokongan daripada pengundi Port Dickson terhadap calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada paras 74 peratus.

Timbalan Pengerusi IDE, Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, menerusi kajian tersebut, pihaknya turut menyasarkan peratusan keluar mengundi yang agak tinggi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini berbanding tiga PRK sebelumnya, iaitu pada kadar sekurang-kurangnya 60 peratus.

“Kajian dibuat pada 28 hingga 30 September serta 8 dan 9 Oktober lalu, melibatkan 1,084 responden daripada 75,770 pengundi Parlimen Port Dickson.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Meskipun jumlah responden hanya lebih 1,000 orang, mereka semuanya dipilih berdasarkan representasi pengundi Port Dickson yang mengambil kira komposisi jantina, kaum di seluruh Dewan Undangan Negeri dan daerah mengundi,” katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Antara dapatan menarik daripada kajian berkenaan ialah tiada seorang pun daripada responden yang ditemu bual memberitahu akan memilih calon bebas, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

“Kami cuba dapatkan satu atau dua orang namun tidak berjaya, takkan kami begitu tidak bernasib baik untuk tidak menemui seorang pun daripada lebih 1,000 responden,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya, daripada lebih 75,000 pengundi mungkin ada yang memilih Mohd. Saiful.

Selain itu, Mohammad Redzuan turut menjelaskan pihaknya juga tidak menemui seorang pun pengundi bukan Melayu yang berniat untuk mengundi calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar.

Kajian tersebut boleh didapati di www.ideselangor.org. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini