Penstrukturan tiga pasukan polis dijangka selesai akhir tahun ini - Utusan Malaysia

Penstrukturan tiga pasukan polis dijangka selesai akhir tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Lebih 600 pegawai dan anggota daripada tiga pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam pengstrukturan semula dijangka selesai akhir tahun ini.

Pasukan tersebut ialah Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, proses penstrukturan itu sudah bermula sejak diumumkan dan mereka dipindahkan ke jabatan lain yang mempunyai kekurangan anggota dan pegawai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada 600 pegawai dan anggota tersebut, sebanyak 167 telah diagihkan ke jabatan-jabatan lain yang boleh diperkukuhkan seperti Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

“Proses ini sedang berjalan dan saya berharap dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini kerana jika perincian dibuat masa ini, kita menghadapi masalah kerana ada pegawai-pegawai di bahagian tadi akan bersara atau ditukarkan lebih awal,” katanya.

Pada 26 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasssin mengumumkan pemansuhan tiga pasukan khas PDRM susulan penstrukturan semula jabatan di dalam agensi penguat kuasa tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini