Eagle Watney tarik perhatian - Utusan Malaysia

Eagle Watney tarik perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Pemain Amerika Syarikat (AS), Nick Watney mencuri perhatian ramai dengan eagle menarik di lubang ke-18 dalam saingan hari pertama kejohanan golf CIMB Classic yang berlangsung di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara, di sini hari ini.


Watney yang juga juara edisi 2012 melakukan chipping dari dalam bunker berhampiran green sebelum bolanya terkena pin dan masuk ke dalam lubang dan aksi itu disambut dengan sorakan daripada penonton yang menyaksikannnya.


“Sebenarnya saya cuba untuk merapatkan bola dengan lubang tetapi apabila bola itu terkena pin dan masuk ke dalam, jelas sekali ia adalah sesuatu yang menarik untuk hari pertama.

Memuatkan artikel berkaitan…


“Ia adalah pukulan dari bunker, pin kelihat seperti tidak selari dengan lubang, saya cuba untuk meletakkan bola di di kawasan berhampiran dan saya bernasib baik apabila bola terkena pin dan masuk,” katanya ketika ditemui pemberita.


Pemain berusia 37 tahun yang berasal dari California itu menamatkan saingan dengan catatan 66 pukulan, enam di bawah par selepas melakukan satu eagle, tujuh birdie dan tiga bogey.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini