Najib bimbang jual aset negara untuk tampung kehilangan hasil - Utusan Malaysia

Najib bimbang jual aset negara untuk tampung kehilangan hasil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bimbang dengan hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menjual aset negara atas alasan untuk mengurangkan hutang.

Najib berkata, beliau risau jika penjualan aset-aset dan tanah negara itu bukan untuk mengurangkan hutang tetapi untuk menampung kehilangan hasil RM40 bilion akibat 
daripada langkah populis kerajaan PH menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). 

“Apa yang saya risau ialah penjualan aset-aset dan tanah negara ini bukan untuk mengurangkan hutang tetapi untuk menampung kehilangan hasil RM40 bilion ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sama-sama tengok bajet yang akan datang ialah bajet lebihan ataupun bajet defisit. Jika defisit maksudnya, penjualan aset dan tanah ialah untuk menampung kehilangan hasil dan bukan untuk mengurangkan hutang,”katanya menerusi Facebook miliknya hari ini. 

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan menjual atau melepaskan beberapa aset negara termasuk tanah bagi mengurangkan beban hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.- UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini