PALU, INDONESIA 10 Okt.-Pengalaman melihat sendiri rumahnya yang dibawa arus sehingga 100 meter akibat lumpur serta pergerakan tanah dalam kejadian gempa bumi pada 28 September lalu antara pengalaman yang akan diingati mangsa sampai bila-bila.

Sofiati Saidi, 60, berkata, dia sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat maghrib ketika kejadian, namun sempat menyelamatkan diri bersama ahli keluarganya
Sebaik keadaan pulih, dia mendapat tahu sepupu dan anak saudaranya terbunuh dalam kejadian yang telah meragut ribuan nyawa termasuk penduduk di daerah tempat tinggalnya, Kampung Petobo.
“Saya reda dengan ketentuan Allah dan bersyukur kerana mayat mereka dapat disempurnakan dengan baik tetapi, masih ramai lagi yang trauma dan banyak mayat yang terperangkap dalam runtuhan bangunan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE











