Vida pula mahu Aishah mohon maaf - Utusan Malaysia

Vida pula mahu Aishah mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jika lima hari lalu, juara program Gegar Vaganza (GV) musim keempat, Aishah memberi kata dua kepada Datuk Seri Dr. Vida untuk memohon maaf, semalam jutawan kosmetik itu pula mengemukakan tiga tuntutan sebagai syarat sebelum dia memenuhi semua tuntutan penyanyi itu.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 46, berkata, tiga tuntutan itu ialah Aishah perlu memohon maaf secara terbuka berhubung penggunaan perkataan berlian palsu terhadap hadiah barang kemas yang diberikan usahawan kosmetik itu.

Dalam tuntutan kedua, dia dan Aishah perlu bersemuka bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas Vida, dalam tuntutan ketiga pula, Aishah perlu memadam­kan semua kenyataan yang dikeluar­kan dalam media sosial milik penyanyi itu.

“Aishah perlu memenuhi tuntutan tersebut dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini (semalam),” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di Peta­ling Jaya, Selangor semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini