Syor cuti sekolah berperingkat - Utusan Malaysia

Syor cuti sekolah berperingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN 9 Okt. – Kementerian Pelanco­ngan, Kesenian dan Kebudayaan akan mencadangkan supaya cuti sekolah dibuat secara berperingkat bagi memacu sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong tempatan.

Timbalan Menterinya, Mu­ham­mad Bakhtiar Wan Chik ber­kata, pihaknya sedang merangka cadangan itu yang akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan.

Menurutnya, yang dicadang me­li­batkan cuti seko­lah yang biasa diberikan pa­da bulan Mac, Jun dan September sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami sedang me­ngumpul data daripada pihak hotel dan pengusaha sektor pelancongan sebelum berbincang dengan Kementerian Pendidikan,” katanya selepas merasmikan Seminar Arkeo­logi Negara ke­empat di sini ha­ri ini.

Katanya, cada­ngan itu tidak akan melibatkan cuti sekolah di hujung tahun memandangkan tempoh cuti yang panjang itu seragam untuk semua negeri.

“Dengan cuti sekolah secara berperingkat, kawasan ­ tumpu­an pelancong dalam negara akan menerima jumlah kunju­ngan lebih sekata sepanjang masa dan bukannya keadaan terlalu sesak menjelang tiba cuti sekolah,” tambahnya.

Bakhtiar berkata, cadangannya adalah supaya cuti sekolah bagi tiga penggal pertama persekolahan dibuat secara berperingkat mengikut negeri dalam usaha mengurangkan kesesakan kehadi­ran pelancong tempatan pada satu tempoh tertentu sahaja.

“Mungkin kita boleh bahagikan negeri di kawasan utara, selatan dan pantai timur supaya tempoh minggu cuti sekolah di negeri ini berbeza antara satu sama lain,” katanya.

Menurutnya, langkah itu tidak akan melibatkan ba­nyak masalah kerana ketika ini juga ada beberapa negeri seperti Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu melaksanakan cuti hujung minggu yang berbeza dengan negeri lain iaitu Jumaat dan Sabtu. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini