PRK Parlimen PD: 5,631 anggota tentera, pasangan undi awal - Utusan Malaysia

PRK Parlimen PD: 5,631 anggota tentera, pasangan undi awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 9 Okt. – Seramai 5,631 anggota tentera darat dan pasangan terlibat dalam pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 3,897 pengundi merupakan anggota tentera manakala 1,734 orang lagi merupakan pasangan sebahagian mereka. 

Sementara itu, dua lokasi pengundian awal bagi warga tentera darat dijalankan iaitu masing-masing di Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) dan Dewan Serbaguna Kem Segenting. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Di Pusasda, terdapat seramai  4,231 pengundi awal dengan jumlah pengundi dalam lokaliti melibatkan 1,797 anggota tentera dan 852 pasangan. 

Jumlah pengundi luar kawasan pula melibatkan 1,184 anggota tentera dan 398 orang pasangan. Terdapat lapan saluran mengundi dibuka di Pusasda. 

Sementara itu, Kem Segenting mencatatkan seramai 1,400 pengundi awal dengan jumlah pengundi dalam lokaliti melibatkan 766 anggota tentera dan 397 pasangan.

Manakala jumlah pengundi luar kawasan pula adalah seramai 150 anggota tentera dan  87 lagi merupakan pasangan. 

Secara keseluruhan, jumlah undi awal tentera adalah mewakili 7.4 peratus dan sejumlah 54 undi pos turut dilaksanakan di tempat masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini