PRK Port Dickson: Lebih 7,000 pengundi awal mula mengundi - Utusan Malaysia

PRK Port Dickson: Lebih 7,000 pengundi awal mula mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Seramai 7,191 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson dijangka mengundi di tiga pusat mengundi yang dibuka 8 pagi ini.

Mereka merangkumi  6,636 anggota tentera dan pasangan masing-masing yang mengundi di Hangar, Pusat Latihan Asas Tentera Darat dan di Dewan Serba guna, Kem Segenting PD  serta 555 anggota polis yang menunaikan tanggungjawab mereka  di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson. 

Tiga pusat pengundian itu membabitkan 13 saluran dengan 10 dibuka sehingga 5.30 petang sementara bakinya sebanyak tiga saluran di IPD Port Dickson iaitu Khemah A, B dan C akan ditutup pada 12 tengah hari kerana jumlah pengundi yang kecil.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas pusat pengundian ditutup, semua kertas undi akan disimpan di lokap IPD Port Dickson dan hanya akan dikira di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pada 13 Oktober nanti.

Proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen calon yang bertanding di bahagian pilihan raya yang berkenaan dan pemerhati pilihan raya terdiri daripada wakil organisasi serta pertubuhan bukan kerajaan yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini