Tiga juta pengguna terjejas - Utusan Malaysia

Tiga juta pengguna terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kira-kira tiga juta pengguna di Sela­ngor akan mengalami gangguan bekalan air bermula hari ini hingga Jumaat berikutan kerja-kerja penggantian peralatan yang dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor).

Ia melibatkan 342,000 akaun pengguna iaitu di Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, ia berikutan persediaan bagi kerja-kerja henti tugas di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, gangguan air dijang­ka bermula pada pukul 9 pagi hari ini dan dijangka berlangsung selama 30 hingga 72 jam.

“Kerja-kerja persediaan di loji rawatan ini mengambil masa 12 jam. Bagaimanapun, tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terlibat berbeza bergantung kepada lokasi.

“Kita juga akan menu­buhkan lapan Pusat Khid­mat Setempat (PKS) dan menempatkan tangki air untuk membantu pengguna,” katanya dalam satu kenyataan di sini ­semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini