Jenazah CEO dibedah kali kedua - Utusan Malaysia

Jenazah CEO dibedah kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Hampir lima jam selepas kubur Allahyarham Nazrin Hassan digali, jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Cradle Fund Sdn. Bhd. kemudian dibawa keluar dari Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara semalam bagi menjalani bedah siasat kali kedua untuk menge­tahui punca kematiannya.

Proses penggalian kubur Allahyarham Nazrin bermula pada pukul 8.30 pagi itu dilakukan oleh kakita­ngan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Turut memantau penggalian semula kubur bekas CEO Cradle Fund itu ialah pegawai Institut Perubatan Forensik Negara, polis, pegawai Jabatan Mufti Negeri Selangor, pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), pegawai perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), peguam dan ahli keluarga Allahyarham Nazrin.

Difahamkan turut hadir isteri kepada arwah Nazrin iaitu Samirah Muzaffar, 48, dan ahli keluarga lain. Wartawan tidak dibenarkan masuk ke kawasan tanah perkuburan itu untuk menyaksikan proses penggalian se­mula kubur arwah Nazrin yang dikebumikan kira-kira empat bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jenazah Allahyarham Nazrin dibawa menaiki van jenazah MBPJ dan diiringi oleh beberapa buah kenderaan polis serta ahli keluarga yang meninggalkan tanah perkuburan tersebut pada pukul 12.45 tengah hari untuk dibedah siasat kali kedua di PPUM.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini